Berapa Kerap Anda Perlu Post Ke Blog Anda?


Permulaan sebuah blog boleh jadi sangat mengelirukan. Apa yang patut anda lakukan dahulu? Berapa kali kerap anda menulis? Design bentuk blog, mendapatkan plugin terkini dan sentiasa datang dengan kandungan baru, blog mungkin kelihatan banyak! Mujurlah kekerapan anda perlu post ke blog anda setiap hari atau setiap minggu sebenarnya agak mudah. Berikut adalah beberapa panduan tentang berapa kali anda perlu post/ update blog anda. 

1. Tanya Diri Anda Beberapa Soalan Penting

Berapa kerap anda perlu update/ post ke blog anda bergantung kepada apa jenis blog anda miliki. Sebagai contoh, jika anda mempunyai blog berkaitan gosip, anda mungkin perlu menulis setiap hari, beberapa kali sehari dan bila-bila masa terdapat berita atau gosip yang baru. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai blog berkaitan masakan, anda hanya perlu menulis/ menaip sekali seminggu atau lebih. Apabila anda cuba untuk menentukan berapa kerap anda perlu post untuk mendapatkan jumlah maksimum trafik, tanya diri anda soalan-soalan penting:
  • Siapa yang saya cuba tarik dan apa jenis maklumat yang saya tawarkan kepada mereka?
  • Bilakah mereka mencari maklumat ini dan di manakah mereka menjumpainya?
  • Bolehkah saya benar-benar berpegang kepada jadual posting yang kerap?
  • Berapa banyak yang boleh saya menulis setiap hari? Setiap minggu?
Apabila anda mempunyai beberapa jawapan kepada soalan-soalan ini, anda akan mempunyai idea yang lebih baik bagaimana kerap anda perlu menulis/ post ke blog anda.

2. Datang Dengan Beberapa Topik Blog

Brainstorm beberapa idea berkaitan artikel yang mungkin anda akan post ke blog anda. Senaraikan apa yang patut anda tulis. Anda boleh menulis tajuk artikel atau hanya idea sahaja, tetapi apa yang penting di sini adalah untuk melihat berapa banyak artikel yang anda boleh hasilkan. Jika anda hanya boleh datang dengan 10 idea pada mulanya, ia akan menjejaskan jadual posting anda. Anda mungkin dapat post setiap hari tetapi anda akan ketandusan idea dalam sepuluh hari. Jika anda mampu datang dengan 50 idea, anda mungkin akan membuat pertimbangan untuk post setiap hari.

Bersambung..