Perodua Axia Serendah RM24 900


Berita baik untuk anda di luar sana. Perodua telah mengumumkan bahawa tempahan  untuk model terbarunya yang menggantikan Perodua Viva iaitu Perodua Axia akan dibuka mulai esok (Jumaat, 15 Ogos 2014). Tempahan model Perodua Axia boleh dibuat di mana-mana 180 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara dengan bayaran tempahan sebanyak RM250 hingga RM300, bergantung kepada varian. 

Terdapat empat variant Perodua Axia yang akan dikeluarkan iaitu Standard E (variant asas yang berharga RM24,900), Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Perodua memberikan jaminan selama 5 tahun untuk model Perodua Axia ini.