Coc vs Dota2



Clash of Clan ( COC ) 
Merupakan games strategi dimana korang sebagai ketua perang yang akan membuat design gaya pertahanan bandar korang. Buat la macam mana pun asalkan korang dapat lenggahkan pasukan lawan menghabiskan lebih 50% bangunan yang ada dalam bandar tu dalam tempoh masa 3 minit.

Selain itu, korang boleh menyerang mana-mana clan orang lain apabila korang dah bersedia. Contohnya A nak serang clan B. Boleh je tekan butang attack dan terus serang. Sebagai ganjarannya, emas dan sebagainya milik tuan clan tu akan berpindah milik kepada kita. Seronok tak? Ish Ish.


Dalam pasukan korang akan ada banyak watak. Ada pemanah, pemain pedang, gergasi dan sebagainya. Korang kena pandai tengok fungsi setiap tu kalau nak berjaya. Tak semestinya kalau watak tu besar, dia kuat. Kena tengok pada fungsinya.



DotA (Defense of the Ancient)
Sebuah game strategi yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Sentinal dan Scourge. Kumpulan ni akan berentap akan satu sama lain dimana kubu kumpulan Sentinal terletak di bahagian barat daya peta tersebut, manakala kubu kumpulan Scourge terletak di Timur Laut peta tersebut.

Setiap kubu akan dikawal oleh 'towers' dan sekumpulan 'creeps' yang akan muncul di kubu menghala ke kubu lawan mengikut laluan seperti yang di-highlight-kan dalam gambar diatas. Di kawasan tengah kubu terdapat sebuah bangunan yang dipanggil Ancient. Bagi memenangi game tersebut, kumpulan ini akan cuba untuk memusnahkan Ancient pihak lawan.


Setiap kumpulan memuatkan maksimum 5 orang bermain. Jadi, dalam sesebuah perlawanan itu selalunya akan terdapat 10 orang yang bermain, 5 di Sentinal dan 5 di Scourge. Setiap orang akan mengawal satu unit yang dipanggil 'Hero'. Hero adalah unit yang kuat dan mempunyai kuasa-kuasa yang berlainan mengikut Hero yang dipilih.

Dalam permainan DotA ini, setiap pemain akan memilih satu daripada 110 hero yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan keupayaan untuk mengatasi Hero kumpulan lawan. Hero pulak ada 3 jenis yakni Strength, Agility dan Intelligence. Jadi, pemain kenalah bijak memilih hero-hero mereka.Bagi memenangi perlawanan ini, kerjasama sebagai satu kumpulan amat penting. Agak mustahil jika seorang pemain itu untuk bermain berseorangan untuk menentang 5 hero pihak lawan.

Jadi, apakah pilihan korang? Bagi saya Dota pilihan no1, kemudian barulah COC. Saya sudah melalui hidup liku bertahun-tahun bersama dota, tak kan nak khianati cinta kami kan. Tapi dalam senyap saya telah menduakan cinta yakni dengan bermain COC pada akhir tahun lepas. Hehe..