Tips Hilangkan Rasa Gementar Semasa Akad Nikah



Bagi seorang Lelaki, ada 3 waktu degup jantungnya berdebar yang amat sangat. Pertama, ketika nak berkhatan. Kedua, ketika lafaz akad nikah.... Dan ketiga, ketika isterinya nak melahirkan anak yang pertama.. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sehaja, saya dapat melalui tempoh debaran yang kedua ini dengan tenang sekali (walaupun bulu roma meremang abes~hahaha).

Dalam suasana meriah dan ceria kadangkala menyebabkan bakal pengantin (bride & groom) menjadi gementar atau nervous apabila mengharungi detik-detik bersejarah ini..

Lafaz akad nikah adalah perkara yang paling penting dan semua pihak memang menunggu saat saat ini... Ada dikalangan rakan rakan pihak laki yg nakal akan menyakat pengantin lelaki semasa pengantin lelaki berhadapan tok kadi ataupun bapa kepada pengantin perempuan... disebabkan semua pihak terlalu fokus dengan lafaz yg bakal diucapkan oleh pengantin lelaki.... ia akan meninmbulkan rasa sangat tidak selesa dan tidak sedap badan...ini membuatkan pengantin menjadi pening, gemuruh ,berdebar2 dan tersasul..

Perkara2 ini akan membuat pengantin lelaki dan juga perempuan merasa rendah diri dan juga malu..Jadi..untuk mengelakan perkara perkara ini berlaku..maka perlu bakal pengantin lelaki prepare sebelum hari bersejarah bakal tiba :

1) YAKIN
-pengantin lelaki itu haruslah merasa yakin dengan dirinya sendiri dan juga dengan pilihan hatinya untuk berkahwin dgn si pengantin perempuan ini. so pada siapa yang kawin terpakse tu mungkin agak susah la nk merasa yakin kot.

2) Buat di masjid
Apa kata akad nikah kita jalankan di masjid.Sekarang ramai pasangan yang sudah ingin melangsungkan pernikahan di masjid.Maklumlah jika kat rumah tentu riuh rendah dengan suara kanak-kanak serta sanak saudara.Pernikahan di masjidkankan lebih tenang.Boleh laksanakan solat sunat.Sekurang-kurangnya rasa gabra atau gemuruh akan berkurangan,maklumlah berada di tempat mulia.

3) BERSEDIA
-semestinya kene bersedia.. sebelum hari nk akad, practice ckp dgn diri sendiri... baca ape2 yang patut takot nanti kena soal depan org ramai.

4) Pengapit
Pilih la pengapit dari sahabat atau kawan kita yang rapat sebagai pengapit.Nantinya sewaktu menunggu waktu nak akad nikah ada juga kawan yang boleh dijadikan rakan berbual.Pastikanlah kawan atau pengapit anda tu,berpengalaman,boleh dibuat rujukan…terutama saat-saat anda terlupa sesuatu.

5) Bertenang
Tenangkanlah diri anda.Jangan la banyak fikir sangat,nanti runsing lagi susah..tentu dah banyak yang sudah dipelajari sewaktu kursus perkahwinan dulu.Sebelum memutuskan untuk berkahwain baikilah diri,baiki amalan….bacalah ayat-ayat al Quran semoga lebih tenang….