Alasan Terbesar Mengapa Lelaki Memerlukan Wanita


Lelaki memerlukan wanita dalam hidup mereka untuk sentiasa berasa diperlukan, dihargai dan dimanjakan. Wanita membantu lelaki dalam memahami dan menjalani kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Antara sebab-sebab lelaki memerlukan wanita ialah :

Sebagai Kawan dan Teman

Seorang lelaki lebih banyak berdiam dan memendam semua perasaan. Ini kerana mereka tidak akan pernah mengaku bahawa mereka sebenarnya kesunyian. Wanita akan memenuhi keperluan lelaki iaitu dengan menjadi pendengar dan teman yang setia dan sentiasa ada di saat lelaki memerlukan. Wanita tidak akan menjauhkan dirinya daripada lelaki jika lelaki tersebut memerlukan mereka. Wanita akan memberikan segala yang mereka mampu kepada lelaki tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Untuk Dijaga dan Diambil Berat

Lelaki perlu dijaga dan sentiasa diambil berat. Mereka mungkin tahu dan mampu untuk menguruskan segala kewangan mereka sendiri. Tetapi bagaimana dengan kehidupan seharian mereka? Secara jujurnya lelaki sangat bergantung kepada wanita walaupun mereka tidak mengatakan. Kaum hawa inilah yang membantu dalam memudahkan, meringankan dan melicinkan kerja seharian lelaki.

Untuk Mencintai Mereka

Walaupun berapa kali dia mengatakan bahawa dia tidak memerlukan cinta anda, ianya bukanlah suatu kenyataan yang benar. Lelaki memerlukan kasih sayang yang hanya seorang wanita boleh memberi. Ego mereka tidak selalu membolehkan mereka untuk menjadi jujur ​​mengenainya tetapi kehadiran cinta adalah penting kepada mereka sepanjang hayat mereka.

Peneman dan Penjaga di Usia Tua

Seorang lelaki sangat memerlukan wanita sebagai teman hidup apabila dia menjadi semakin tua dan tidak lagi mempunyai daya tarikan. Lelaki tidak suka terikat dengan wanita selagi mereka boleh mengekalkan daya tarikan mereka dan kelihatan baik. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ia mula hilang dengan masa, keperluan mereka terhadap wanita meningkat. Mereka menjadi sistem sokongan antara satu sama lain.

Menjadi Sumber Kekuatan

Lelaki mempunyai keazaman yang kuat tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjana keazaman. Mereka melihat wanita sebagai sumber kekuatan emosi. Hanya seseorang yang mempunyai emosi yang kuat dan ketetapan yang tetap boleh menjadi kuat.