Cara-Cara Marah Yang Betul

Marah. Siapa yang tidak pernah marahkan. Semua orang pasti pernah marah. Cuma yang membezakan kita semua ialah reaksi dan tindakan kita semasa marah serta cara kita marah. Ada yang bila marah, dia lepas segalanya, maki hamun, mencarut, sampai ada yang bercerai dan bunuh membunuh. Nauzubillahiminzalik.

Marah ni sebenarnya bukan senang untuk dikawal. Sebab itulah orang yang dapat bersabar dan mengawal marah ni dikatakan orang yang paling kuat.

Suatu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah SAW lalu berkata, Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain), sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Cara Marah Yang Betul :

1. Marah dengan tujuan yang baik.
    
Ramai yang marah hanya menurut hati, dan ingin melepas geram. Niat marah hanyalah bertujuan untuk melepaskan semua yang terpendam dan bukannya untuk membimbing. Cara ini amat salah sekali. Sebagai contoh, ibu bapa yang kerap kali meninggi suara dan memarahi anaknya perlu bertanya pada diri mereka sendiri, adakah cara aku marah ini betul? Adakah dengan marah anak akan lebih hormat kepada mereka? 

2. Marah dengan bahasa yang sopan.

Mencarut, memaki hamun bukanlah satu cara marah yang betul. Kita boleh marah tetapi tidaklah bermaksud kita boleh memaki, menghina dan mencarut. Cara ini amat jelas sekali salah dan akan lebih membawa kepada sesuatu yang lebih buruk. Jika ingin marah, biarlah sopan tetapi tegas.