Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Akad Nikah




Sebelum Akad Nikah :-


1.  Jangan lupa bawak IC / Kad Pengenalan 
Yang ni memang penting sangat2..yela, kalau korang tak bawak, kang tok kadi tu ingat warga asing pulak..hehe..gurau je.  Tok kadi memang akan mintak IC korang and pasangan, just nak check dekat kertas permohonan tu, betul atau salah ke orang yang nak dinikahkanKalau boleh, suruh mak ayah/ pengapit / orang yang duduk sebelah korang pegang IC supaya tak kelam kabut masa tok kadi mintak nanti.

2.  Duit Upah Kadi
Sebagai peringatan kepada pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah untuk tok kadi dan saksi sebelum majlis pernikahan berlangsung. Kalau kat Pulau Pinang, tak salah aku RM120..

3.  Pastikan pengapit / bestfriend duduk sebelah korang
Haa..yang ni supaya nak kurangkan rasa cemas and nervous kita. At least, ada orang nak teman berbual or kita boleh luahkan apa yang kita rasa..selain tu, diorang ni jugak dapat membantu korang menyelesaikan perkara-perkara remeh seperti mengelapkan peluh, mengemaskan veil / kain yang panjang berjela semasa nak duduk dan bangun.

4.  Smile Always!
Walaupun dah tak larat nak senyum, kalau boleh senyum je sampai senget2 bibir tu..haaa.. punya nak nampak manis pada pandangan mata orang la kan..sanggup tau even dah lenguh nak senyum..  Yela, kalau muka masam je nanti orang ingat pengantin ni ada masalah pulak.. kot2 sembelit ke? hahaha..masa time aku dulu, rasa senak jugak perut ni. Boleh pulak buat hal masa tu, ye la. Nervous giler kot..tapi nasib baik ok je lepas tu..ala..macam omputih cakap "butterfly in stomach" ? hihi..tak tau la betul ke tak tu.. :p

Selain itu, kalau duduk dalam keadaan bersimpuh bagi pengantin perempuan, betulkan sedikit kedudukkan supaya tak berlaku kekejangan. Begitu juga dengan pengantin lelaki. Pastikan korang duduk bersila dengan selesa dan menghadap tok kadi ataupun jurunikah.


Semasa Akad Nikah :- 


1.  Khutbah Nikah
Khutbah nikah ni terpulang kepada juru nikah atau tok kadi yang menikahkan korang nanti.  Ada yang dibuat sebelum atau selepas akad nikah. Semasa khutbah nikah dibacakan bakal pengantin akan duduk berdekatan dan disaksikan para saksi dan juga ahli keluarga yang hadir. Tujuan khutbah ni dibaca supaya kedua-dua bakal pengantin faham tentang erti kehidupan berumahtangga dan sudah menjadi salah satu syarat semasa majlis akad nikah berlangsung.

2.  Pengantin Lelaki Lafaz Akad Nikah
Selepas khutbah, pengantin lelaki akan bersedia untuk lafaz akad nikah.  Keypoint kat sini, pengantin lelaki jangan nervous sangat, kalau tak nanti tersilap sebut pulak..hehe. Baca bismillah banyak2 dan tarik nafas panjang..dengan sekali lafaz, SAH! :)  Alhamdulillah, masa aku dulu Encik Husband datang awal..sama la macam aku, datang awal jugak.  Then, nak menghilangkan rasa nervous dia, terus ambil wudhuk dan buat sembahyang sunat. Lepas tu, dia baca surah Yaa'sin, berkali2..dengan rasa syukur kehadrat Ilahi, semuanya berjalan dengan lancar.

3.  Bacaan Taa'lik
Ramai pasangan akan rasa gentar/gerun apabila tok kadi meminta mereka membaca taa'lik. Sama la macam aku..tak kena baca, tapi Encik Husband yang baca taa'lik tu. Tapi, alahai..masa tu memang sayu sangat2. Then, airmata yang di tahan2, keluar jugak.  Yang penting korang jangan la terlalu cemas kerana bacaan taklik hanyalah lafaz yang berbentuk ikrar antara pasangan suami isteri. Aku je terlebih emosi masa tu.. :)


Selepas Akad Nikah :- 


1.  Penyerahan Mas Kahwin dan Wang Hantaran
Keadaan semasa menyerahkan mas kahwin dan juga wang hantaran kadang2 mengikut adat dan lokasi pernikahan berlangsung. Contohnya ada negeri-negeri yang mahukan mempelai lelaki mengucapkan kata-kata seperti, “aku serahkan wang mas kahwin untuk isteriku dengan hati yang ikhlas dan aku halalkan wang hantaran yang aku hadiahkan kepadamu.” Ada juga tempat ataupun negeri yang tidak memerlukan lafaz seperti itu. Contohnya macam aku dulu.. Tak cakap pe pun..Encik Husband just bagi and sengih! hehe..nak tangkap gambar..

2.  Pembatalan Air Sembahyang
Dalam upacara ni, pasangan pengantin biasanya akan memilih cincin..kadang2 ada jugak yang memilih rantai atau gelang sebagai simbolik acara pembatalan air sembahyang. Ia bertujuan membuktikan pasangan telah pun diijab kabul dan telah bergelar pasangan suami isteri yang sah.

3.  Bersalaman dan Mencium Tangan Suami
Saat-saat ni memang dinanti-nantikan, terutamanya yang nak tangkap gambar..  Lebih afdal saat ini korang memegang erat tangan insan yang telah pun begelar suami dan tunduk bersalaman dengannya sekali gus mencium tangannya dengan penuh kasih dan sayang.  Kalau nak lagi romantik, si suami ucapkanlah kata2 manis seperti "terima kasih sudi menjadi isteri abang.." haa..meremang bulu roma masa tu. kuikui..

4.  Cium Dahi Isteri
Selalunya kaum keluarga dan jurufoto yang meminta korang mengucup dahi isteri selepas si isteri tunduk bersalaman dengan si suami. Tetapi jangan lupa bahawa ia merupakan sunnah Rasullullah iaitu mengucup dahi isteri dengan penuh rasa cinta agar kehidupan berumahtangga akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Kucupan ini tidak semestinya dilakukan di hadapan khalayak.  Ikut korang la nak ikut adat ni ke tak..  masa aku dulu, tak buat pun macam ni..masa aku tunduk salam tangan dia, Encik Husband just letak tangan atas kepala aku and baca doa.. ala-ala Ustaz Don gitu..hehe..sunnah Rasullullah jugak.

5.  Bersalaman dengan Ahli Keluarga

Walaupun dalam hati berbunga-bunga riang dan gembira setelah diijab kabul, jangan pula di lupakan kaum keluarga kedua-dua belah pihak. Terpulang kepada pengantin nak bersalaman dengan keluarga pihak lelaki atau pihak perempuan terlebih dahulu. Tetapi pastikan mulakan dengan wali, ibu bapa sebelah perempuan atau ibu bapa sebelah lelaki. Tidak kira berapa jauh tempat duduk korang dengan ibu bapa, mesti bersalaman dengan mereka terlebih dahulu. 

6.  Solat Sunat Nikah
Seelok-eloknya selepas selesainya akad nikah dilangsungkan, tunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana majlis ijab kabul berlangsung dengan lancar.  Masa aku dulu, lepas je Encik Suami lafaz akad dan disahkan oleh tok kadi dan saksi, terus dia buat solat sunat nikah sebelum nak membatalkan air sembahyang.