بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu hasil dari pembacaan saya di medan internet. 4 tips kesihatan yang diamalkan oleh baginda nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya setiap perkara yang nabi lakukan dan nabi tegah, pastinya ada hikmah disebaliknya, Insyaallah.
1- Mandi pagi sebelum waktu solat subuh.
Ini kerana suhu air yang sejuk pada ketika itu mampu membuang dan mengurangkan kalori lemak yang terkumpul di dalam badan kita.
Ini kerana suhu air yang sejuk pada ketika itu mampu membuang dan mengurangkan kalori lemak yang terkumpul di dalam badan kita.
2- Amalan minum segelas air sejuk setiap pagi.(Mujarabnya jauh dari penyakit)
3- Larangan makan berselang-seli dengan minum.
Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan kita berangin.
4- Larangan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Para saintis telah menjumpai di mana makanan darat seperti ayam mempunyai ion (+) manakala makanan laut seperti ikan mempunyai ion (-). Maka jika dalam suapan kita mempunyai campuran ayam dan ikan, tindak balas biokimia akan terhasil menyebabkan kerosakan pada usus kita.
5- Larangan meniup air yang panas.
Setiap hembusan kita akan mengeluarkan karbon dioksida (CO2). Apabila kita menghembus atau meniup air, maka CO2 akan bertindak balas dengan air (H2O) seterusnya menghasilkan air bersifat asid (H2CO3) yang menyebabkan penyakit jantung dan perut tidak selesa.
6- Makan dengan tangan kanan dan menjilat jari apabila selesai makan.
Ahli saintis juga telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim adalah sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
7- Rasulullah tidak pernah makan berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
7- Rasulullah tidak pernah makan berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.