7 Aktiviti Ketika Bosan



     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkataan bosan sudah lali dalam kamus hidup kita. Apabila kita tidak tahu untuk melakukan apa-apa, kita akan merungut kebosanan. Kadangkala cuti yang lama juga bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Pada awalnya kita merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti semasa cuti, tetapi apabila semua aktiviti itu telah dilakukan, yang tinggal hanyalah dengusan kebosanan. Jadi apakah yang patut kita lakukan untuk melawan anasir ini. XD

1. Tidur tidur dan tidur - Tidur disiang hari mampu menjanjikan anda mimpi yang indah dan cuba untuk mencipta rekod tidur selama yang mungkin. Pastikan anda bangun. hehe  
      
2. Menonton movie, drama, anime

Inilah peluang anda untuk menghabiskan sepenuh masa anda dengan menonton rancangan runningman dari awal sehingga lattest. 

3. Bermain video games DOTA, PES, Pou:P 

4. Membaca novel, majalah, komik dan segala apa yang boleh dibaca



5. Mengemas bilik anda - Jika dahulu anda beralasan tidak mempunyai masa, sekarang anda terlebih masa. Jangan jadikan bilik anda seperti tempat galian arkeologi

6. Mencuba resepi baru - Bagi yang minat memasak, mengapa anda tidak mencuba menghasilkan sesuatu yang baru dalam masakan anda. Dan bagi yang tidak pandai memasak, anda boleh belajar sepenuh masa terutama lelaki. Wanita cair dengan lelaki yang pandai memasak.

7. Belajar bermain alat muzik - Gitar, piano, seruling, drum, atau apa-apa sahaja alat muzik yang anda ada. Jika anda sudah pandai bermain alat muzik, mengapa tidak mencuba untuk mencipta sebuah lagu tentang kebosanan yang melanda hidup anda sekarang. Sekali lagi, wanita cair dengan lelaki yang pandai bermain alat muzik. XD