Apa Itu Zuhud


"Zuhud itu bermaksud tangannya menggengam dunia tetapi hatinya memandang akhirat."

Assalamualaikum para pembaca yang saya hormati. Hari ini saya ingin berkongsi tentang ilmu berkenaan apa itu zuhud yang saya dapat melalui pembacaan dan  pendidikan secara lansung atau tidak lansung yang InshaAllah bermanfaat untuk kita semua.

Menurut Imam Al-Ghazali, zuhud ertinya meninggalkan perkara yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu. Hati mereka tidak terikat dengan hal-hal dunia, sebaliknya mereka lebih membesarkan akhirat. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T. 

Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

“Orang yang zuhud tidak meletakkan dunia pada hati tetapi pada tangan iaitu lebih banyak menginfakkan hartanya dan lebih khusyuk dalam beribadat. Mereka juga tidak merasakan harta yang banyak itu melekat di hati dan meletakkan akhirat sebagai matlamat"

Sebagai seorang Muslim, kita wajiblah sedar dan sentiasa beringat bahawa sesungguhnya setiap sesuatu yang ada di dunia ini adalah milik Allah S.W.T. Janganlah pernah kita semai dalam hati kita dengan kehidupan dunia yang sementara sebaliknya kejarlah akhirat yang sudah pasti dijanjikan dengan kehidupan yang kekal abadi.

Akhir kalam, sampaikan dan sebarkanlah ilmu ini pada yang lain semoga kita semua memperoleh manfaat.