Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014


Jumaat, 20 Ogos 2014 merupakan hari berkabung untuk semua rakyat Malaysia akibat mengenang tragedi besar yang menimpa negara kita iaitu tragedi terhempasnya pesawat MH17. Seperti kita maklum, jenazah mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini. Pada hari tersebut ini juga, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17:
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan