Anak merupakan dambaan dan anugerah yang sangat terindah buat pasangan suami isteri. Ini kerana anak adalah penyambung zuriat dan pembawa seri dalam kehidupan berumah tangga. Kepada pasangan kekasih yang baru sahaja sah bergelar suami isteri pasti tidak sabar untuk mempunyai dan menimang cahaya mata sendiri. Selamat mencuba (^_^)
1. Berdoa pada Allah SWT
(38) رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
Doa adalah senjata orang beriman. Jangan pernah penat dan berhenti berdoa. Ini kerana Allah maha mendengar setiap permintaan hambanya. Yakin, hayati dan fahami setiap lafaz doa yang dituturkan. Sentiasalah berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
2. Periksa kesihatan anda
Sebagai langkah permulaan yang baik, anda harus melakukan pemeriksaan doktor. Jangan lupa suami juga harus melakukan pemeriksaan yang sama. Dengan mengetahui tahap kesihatan anda dan suami, anda akan dapat merancang kehamilan anda dengan lebih mudah.
3. Jaga pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan. Pengambilan vitamin yang dapat meningkatkan kesuburan juga amat penting dalam menyokong usaha mendapatkan kehamilan. Sekadar peringatan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.
4. Lakukan hubungan intim dengan lebih kerap
Malu? Kenapa malu bercakap tentang hal yang anda sudah sah menjadi halal antara satu sama lain.Jangan biarkan sifat malu anda menjadi tembok halangan impian anda memperoleh cahaya mata. Sebenarnya saya malu menaip petua no.4 ini :P
5. Elakkan tekanan dan senyum
Senyum, senyum senyum dan ingatlah senyum tak perlu kata apa-apa.