Tips Mencuci Muka Yang Betul



Bahan yang perlu ada: Pencuci muka, dua tuala muka, cotton ball, toner, pelembab/Moisturizer dan air bersih.


Langkah 1
Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda.


Langkah 2
Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.


Langkah 3
Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.


Langkah 4
Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)


Langkah 5
Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.