Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya:
1.TETAP DENGAN CARA ANDA
Tak usah berpura-pura depan dirinya.Apatah lagi, jika anda terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya. Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri anda sendiri.
2.BERTINDAK SPONTAN.
Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia meningkatkan lagi saham anda. Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.
3.BERTEGAS DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN.
Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan.Jika anda menyatakan minat hendak mendampinginya, berusahalah memikatnya. Apa saja halangan perlu yang ditempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan anda itu.
4.RANCANG SESUATU YANG MENARIK.
Rancanglah sesuatu apabila anda ingin keluar berdua. Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila anda melakukan satu kesilapan bermakna anda melepaskan peluang mengenali dirinya.
5.UTAMAKAN DIRINYA.
Wanita mencari lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang. Jadi apabila anda berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik.Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka anda mungkin boleh kehilangannya.
6. BERCERITA TOPIK YANG DIMINATI
Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali anda bercerita tentang bola kepadanya. Ia akan hanya membosankan. Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya. Lebih bagus, jika gadis yang anda minat mempunyai minat yang sama dengan anda, lebih mudah berbicara.
7.MENJAGA KETERAMPILAN DIRI.
Jangan penampilan selekeh, jaga cara anda berpakaian, kekemasan rambut dan sebagainya. Ini kerana gadis yang anda nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
Jadi kalau penampilan anda jauh beza, maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup. Oleh itu anda perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.
8.TIDAK TERLALU BERLEBIHAN-LEBIHAN
Ada pelbagai cara untuk memikat, tetapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang anda minati. Sebaiknya sederhana dalam segala hal. Jangan terlalu berlebihan kerana anda mungkin dibenci kerana sikap itu.
9.TUNJUKKAN KASIH SAYANG
Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapi bagaimana dengan wanita? Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila anda menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna anda sudah memikat hatinya.
10.KELAINAN DIRI
Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri anda. Memang ramai lelaki romantis tetapi adakah anda salah seorang lelaki romantis berhidung belang? Kalau anda camtu, bermakna anda hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.